fbpx

Bolehkah solat jamak ketika banjir?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA– Ketika musim banjir melanda, pelbagai persoalan timbul berkaitan dengan pelaksanaan ibadah, termasuk hukum menunaikan solat secara jamak bagi mangsa yang terjejas.

Menerusi perkongsian di Facebook oleh IKIMfm, mangsa banjir tidak dibolehkan solat secara jamak ketika banjir kerana mangsa banjir kebiasaannya ditempatkan di dalam penempatan sementara dan tidak melibatkan jarak yang jauh.

Selain itu, panduan tersebut turut menjelaskan bahawa berwuduk menggunakan air banjir dibolehkan selagi air itu kekal suci dan tidak tercemar oleh najis.

Panduan turut memberikan perhatian kepada pelupusan mushaf al-Quran yang rosak akibat banjir.

Ia boleh dilakukan dengan cara membakar mushaf tersebut secara tertib atau menanamnya di tempat yang bersih, selaras dengan kaedah memuliakan al-Quran.

Dalam aspek lain, memberi zakat kepada mangsa banjir juga dianggap harus, khususnya bagi mereka yang tergolong dalam kategori Al-Gharimin iaitu orang yang menanggung hutang atau kehilangan harta benda akibat bencana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI