fbpx

Lebuh raya Jitra ke Hutan Kampung dinaiki air, tutup untuk kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan KM32.1 hingga KM33.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan antara laluan Jitra ke Hutan Kampung ditutup kerana dinaiki air, hari ini.

JITRA – Banjir yang melanda negeri ini mengakibatkan beberapa laluan menuju ke daerah ini dari Alor Setar mengalami kesesakan teruk dengan beberapa laluan terpaksa ditutup.

Antara laluan yang ditutup termasuk dari
Kilometer (KM) 32.1 hingga KM 33.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan antara laluan Jitra ke Hutan Kampung.

Tinjauan mendapati air memenuhi laluan menuju ke selatan manakala laluan arah utara masih boleh dilalui setakat pukul 8.30 pagi tadi, namun mengalami kesesakan akibat kenderaan bergerak perlahan.

Keadaan di laluan alternatif yang sering menjadi pilihan penduduk setempat iaitu Pekan Kepala Batas menuju ke Jitra juga sesak memandangkan hanya satu daripada dua lorong menuju ke selatan boleh digunakan.

Laluan lain yang menjadi pilihan penduduk Jitra menuju ke Alor Setar adalah melalui Sungai Korok ke Alor Janggus, namun difahamkan kesesakan teruk turut berlaku di Kuala Sungai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI