fbpx

Fattah Amin doakan mangsa banjir di Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATTAH mendoakan semoga mangsa banjir dipermudah urusan.

PETALING JAYA – Kesibukan melakukan ibadah umrah tidak membataskan pelakon Fattah Amin untuk menitipkan doa buat mangsa banjir di tanah air.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, turut membuka ruang buat pengikutnya di media sosial bagi mengirimkan doa untuk dibaca di Tanah Suci.

“Assalamualaikum, apa khabar semua. Insya-Alah siapa yang ada atau nak kirimkan doa sayakan cuba baca hari ini (semalam).

“Saya doakan juga pada semua mangsa banjir supaya Allah bantu mudahkan urusan semuanya,” katanya di ruangan Instastory.

Pelakon drama Lelaki Melayu terakhir itu turut memohon maaf kepada pengikutnya yang sudah mengirim doa, namun tidak berkesempatan di dibaca.

“Bagi yang saya tidak sempat baca kiriman doa kalian, saya mohon maaf,” katanya.

Sebelum itu, Fattah berangkat bersama keluarga menunaikan ibadah umrah pada 26 November.

Menarik perhatian khalayak apabila Fattah dan keluarga berangkat ke Tanah Suci sehari sebelum tarikh perkahwinannya dengan bekas isteri, Nur Fazura iaitu 27 November.

Untuk info, sejak semalam jumlah mangsa di lapan negeri yang terjejas akibat banjir dan berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) adalah lebih 106,505.

Kelantan mencatat jumlah mangsa paling ramai, sementara Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan daerah Pasir Mas mencatatkan angka tertinggi iaitu 23,680 orang.

Negeri yang terjejas teruk ialah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI