fbpx

Polis adakan 39 SJR di Kuala Lumpur, Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 39 Sekatan Jalan Raya (SJR) diadakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa bermula tengah malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya turut mempunyai sebanyak 37 pasukan pemantau.

“Setakat ini, seramai 1,291 anggota yang terbabit dalam penugasan SJR dan tugas pemantauan.

“Bagaimanapun, jumlah SJR serta keanggotaan itu mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Selain itu Saiful Azly berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Sebagai penguatkuasa kami akan melaksanakan undang-undang yang diperuntukkan kepada kami untuk mengambil tindakan terhadap indvidu yang ingkar tidak mematuhi SOP ditetapkan pihak berkuasa.

“Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa sepanjang tempoh PKP ini,” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, orang ramai boleh membuat permohonan di mana-mana balai polis berhampiran sekiranya perlu melakukan perjalanan merentas negeri.

“Permohonan kebenaran rentas negeri tidak semestinya dibuat di balai polis berhampiran alamat tempat bermaustautin, tetapi orang ramai boleh memohon di mana lokasi mereka berada,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI