fbpx

Rakaman berbunyi perlu ada lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Semua penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) sebelum menerbitkan filem masing-masing sama ada di platform media sosial atau saluran tradisi.

Perkara itu termaktub dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas 1981 Seksyen 22 (1), tiada seseorang boleh mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti mengeluar, mengedar dan mempamer filem-filem atau mana-mana gabungan aktiviti-aktiviti yang dinyatakan dalam Seksyen 21 (1).

Di Dewan Rakyat, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, keperluan berbuat demikian tidak kira sama ada mereka dari agensi media arus perdana atau media personal.

Saifuddin berkata demikian dalam Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri bagi menjawab soalan Wong Shu Qi (DAP-Kluang) yang mahu tahu sama ada semua penerbit filem wajib membuat permohonan tersebut.

Beliau menambah, Finas mengeluarkan tiga jenis lesen kepada industri perfileman iaitu Lesen Pengeluaran Filem/Video, Lesen Pengedaran Filem/Video dan Lesen Pemameran Filem/Video.

Menurutnya, Finas juga menerima, memproses dan mengeluarkan Surat Perakuan Penggambaran (SPP) Sijil Filem Iklan Buatan Malaysia (MIM) dan Surat Sokongan Kemasukan Pekerja Filem Asing (PFA).

Menjawab soalan Shu Qi, mengenai tafsiran filem dan sama ada ia merangkumi video di aplikasi media sosial seperti Tiktok dan Instagram, Saifuddin berkata, mengikut akta berkenaan, tafsirannya termasuk filem cerita, filem pendek, filem subjek ringkas, trailer, dokumenteri, filem kecil dan iklan.

Ia juga katanya, termasuk apa-apa rakaman pada apa-apa jenis bahan termasuk pita video berupa arca-arca bergerak sama ada disertai bunyi atau tidak untuk dilihat orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai.

Hari ini Finas menjadi trending di lama Twitter berikutan penetapan terbaru mengenai lesen SPP di Dewan Rakyat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI