fbpx

Piala Asean 2024: Skuad ‘rojak’ warnai kem Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sergio Aguero antara pemain senior yang dipanggil pada kempen Piala Asean 2024 kali ini. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Seperti dijangka, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memanggil kombinasi pemain muda dan senior bagi mewakili skuad Harimau Malaya untuk bersaing pada kempen Piala Asean 2024 yang bermula 8 Disember ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh FAM sebentar tadi, seramai tiga pemain muda dipanggil buat kali pertama untuk mewakili skuad senior seperti Najmudin Akmal Kamal Akmal, Daryl Sham George, Aiman Hakimi dan Muhammad Abu Khalil.

Selain itu, skuad negara kendalian Pau Marti Vicente turut memanggil dua muka baharu lain seperti Jimmy Raymond yang mewakili kelab Kuching City dan Harith Samsuri (NSFC).

“Pasukan ini menampilkan gabungan seimbang pemain berpengalaman dan muda iaitu dengan lapan pemain berusia 23 tahun ke bawah. Purata umur skuad ialah 25.9 tahun.

“Ini adalah pilihan pasukan terbaik yang dapat dikumpulkan memandangkan cabaran yang dihadapi bagi kejohanan ini yang diadakan di luar kalendar antarabangsa FIFA.

“Bagaimanapun, senarai 26 pemain ini masih boleh diubah sebelum pendaftaran akhir untuk kejohanan ini yang perlu dimuktamadkan pada 7 Disember 2024, iaitu sehari sebelum perlawanan pertama,” menerusi kenyataan FAM.

Sebagai rekod, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama juara bertahan, Thailand, Singapura, Kemboja dan Timor-Leste bagi mengharungi kejohanan berprestij dwitahunan itu.

Semua pemain dijadual melapor diri di Kelana Jaya pada 5 Disember depan sebelum berlepas ke Phnom Penh bagi aksi pertama menentang Kemboja di Stadium Olimpik, Phnom Penh pada 8 Disember.

Kemudian, skuad kebangsaan akan menentang Timor-Leste pada 11 Disember di Stadium Nasional Bukit Jalil, Thailand (14 Disember) dan Singapura (20 Disember). – KOSMO! ONLINE

 

SENARAI PENUH 26 PEMAIN

PENJAGA GOL

Rahadiazli Rahalim (TFC)
Kalamullah Al-Hafiz (Selangor FC)
Haziq Nadzli (Perak FC)

PERTAHANAN

Khuzaimi Piee (Selangor FC)
Declan Lambert (KL City)
Jimmy Raymond (Kuching City)
Aiman Hakimi (Selangor)
Harith Samsuri (NSFC)
Daniel Ting (Sabah)
Dominic Tan (Sabah)
Adib Raop (Penang)

TENGAH

Endrick dos Santos (Ho Chi Minh City)
Danial Amier Norhisham (Kuching City)
Muhammad Abu Khalil (FC Osaka)
Daryl Sham George (JDT)
Stuart Wilkin (Sabah)
Sergiu Aguero (Sri Pahang)
Syamer Kutty Abba (Penang FC)

PENYERANG

Paulo Josue (KL City)
Haqimi Azim (KL City)
Fergus Tierney (Chonburi)
Darren Lok (Sabah)
Fazrul Amir (KDN FC)
Najmudin Akmal (JDT)
G. Pavithran (JDT)
Syafiq Ahmad (KDA FC)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI