fbpx

Tumpuan 300 kereta pada Malaysia Auto Fest 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malaysia Auto Fest 2024 yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka bermula esok.

KUALA LUMPUR – Peminat dunia automotif pastinya tidak mahu ketinggalan menghadiri Malaysia Auto Fest 2024 yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Sabtu dan Ahad ini.

Acara itu dibuka secara percuma kepada semua lapisan masyarakat dengan tujuan menyatukan peminat kereta di bawah satu bumbung sambil memupuk sikap positif, terutama dalam kalangan remaja.

Sebanyak 300 buah kereta pelbagai jenama akan dipamerkan termasuk model ikonik seperti Mustang, Mazda, Toyota, Camaro, Tesla, BMW, Nissan dan Mitsubishi.

Acara ini juga akan menyaksikan penyertaan delegasi antarabangsa dari Thailand dan Singapura.

Penganjur menjangkakan lebih 100,000 pengunjung dari dalam dan luar negara menghadiri acara ini, sekali gus memberikan peluang besar kepada penggiat industri automotif tempatan untuk mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka.

Acara ini dianjurkan Persatuan Autoshow Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, serta mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan dan Tourism Malaysia. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI