fbpx

Trak ATM bantu bawa calon SPM di pedalaman terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (tengah) bercakap pada sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir dihantar PPS SK Tapang, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kawasan pedalaman akan menaiki trak Angkatan Tentera (ATM) ke pusat peperiksaan sekiranya kawasan mereka masih terjejas banjir semasa hari pertama peperiksaan itu pada Isnin minggu depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkoordinasikan perkara itu dengan pihak ATM untuk membantu calon-calon yang terputus hubungan.

“Justeru, pengetua dan guru-guru yang menjaga pusat peperiksaan perlu menyelaras dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) supaya tiada calon yang gagal untuk hadir mengambil SPM,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga akan menghantar khemah-khemah Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia (Nadma) negeri lain ke Kelantan untuk membantu mangsa banjr yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.

Menurutnya, bantuan itu dihantar selepas beliau mendapat maklumat PPS di Kelantan mengalami kekurangan khemah untuk mangsa banjir.

“Saya telah arahkan Nadma untuk menghantar khemah-khemah yang ada di dalam stor agensi itu dari negeri lain yang belum dilanda banjir ke Kelantan.

“Khemah-khemah itu akan dibawa ke sini untuk diedarkan ke 550 buah PPS yang berdaftar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI