fbpx

Bomba dukung warga emas terperangkap banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mendukung beberapa orang warga emas yang menjadi mangsa banjir di Kampung Parit Bengkok, Gersik, Tangkak hari ini

TANGKAK – Pasukan bomba berjaya memindahkan empat mangsa daripada satu keluarga di Kampung Parit Bengkok, Gersik, di sini ke tempat selamat selepas rumah mereka dilanda banjir, pagi ini.

Ketua Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Farizan Mokhtar, berkata, semua mangsa dipindahkan dengan menggunakan kenderaan selepas kawasan itu dinaiki air setinggi hampir satu meter.

“Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian banjir itu pada pukul 9 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir dihantar ke lokasi untuk khidmat khas awal banjir.

“Operasi disertai Ketua Operasi BBP Bukit Gambir PBK 1 Jahairi Syukor bersama anggotanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI