fbpx

Bengkel Perancangan AYOS 2025 bukti komitmen ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bengkel Perancangan Tahun Kemahiran ASEAN (AYOS) 2025 diadakan selama tiga hari di ibu negara baru-baru ini

KUALA LUMPUR – Bengkel Perancangan Tahun Kemahiran ASEAN (AYOS) 2025 yang berlangsung selama tiga hari di Hotel Berjaya Times Square di sini baru-baru ini bukti komitmen bersama ASEAN dalam membangunkan tenaga kerja yang bersedia untuk masa depan.

Ketua Eksekutif Human Resource Development Corporation (HRD Corp), Datuk Wira Shahul Dawood berkata, hasil bengkel itu akan menjadi panduan untuk mencapai matlamat inisiatif tersebut dan memastikan rantau ini kekal kompetitif serta berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global.

“Bengkel selama tiga hari ini merupakan satu langkah penting dalam mempersiapkan Negara Anggota ASEAN (AMS) dalam memacu pembangunan kemahiran dan memupuk tenaga kerja yang bersedia untuk masa depan di seluruh rantau ini.

“Selaras dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan menerajui Tahun Kemahiran ASEAN untuk menangani cabaran pembangunan kemahiran serantau dan mengukuhkan daya saing serta ketahanan tenaga kerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bengkel Perancangan AYOS 2025 tertumpu kepada lima bidang fokus termasuk keperluan mengenal pasti jurang kemahiran kritikal, perluasan mobiliti tenaga kerja dan pengiktirafan bersama negara anggota serta memupuk langkah pertumbuhan inklusif.

Ia menghimpunkan seramai 116 peserta tempatan dan antarabangsa dari lapan negara, termasuk Kemboja, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, dan Timor Leste.

AYOS 2025 akan bermula secara rasmi pada Februari 2025.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Antarabangsa Kementerian Sumber Manusia, Raja Nizam Raja Kamarulbahrin berkata, Bengkel Perancangan AYOS 2025 memainkan peranan penting dalam meningkatkan piawaian tenaga kerja di ASEAN dan memacu pertumbuhan ekonomi.

“Usaha merapatkan jurang kemahiran di ASEAN adalah perlu untuk memupuk tenaga kerja yang kompetitif dan bersedia untuk masa depan, yang seterusnya memainkan peranan penting untuk menarik lebih banyak Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan memacu pertumbuhan KDNK.

“Kumpulan tenaga kerja yang terlatih membolehkan negara-negara ASEAN memenuhi permintaan yang semakin berkembang dalam industri berteknologi tinggi, tenaga lestari, dan pembuatan canggih teknologi terbaru, menjadikan rantau ini destinasi yang lebih menarik bagi pelabur global,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI