fbpx

Kita bertindak ikut SOP masing-masing – NC UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrin.

SHAH ALAM – Setiap kegiatan ko-kurikulum khususnya melibatkan pasukan beruniform di Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempunyai prosedur operasi standard (SOP) masing-masing.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, ini termasuk dari segi latihan dan pentadbiran khusus mengikut pasukan uniform itu sendiri.

Katanya, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“UiTM hanya bertindak sebagai koordinator umum untuk ko- kurikulum Palapes dan Suksis, kerana kawalan dan jurulatih datang daripada kedua pasukan beruniform tersebut.

“Bila berlaku apa-apa kejadian, kita ada SOP masing-masing. Bapa arwah telah buat laporan polis dan kita sedia beri sepenuhnya kepada PDRM selain siasatan turut dilakukan Lembaga Siasatan ATM,” katanya ketika hadir di Program Setahun Naib Canselor 7 Bersama UiTM: Kebersamaan Mencorak UiTM Melangkah Jauh. Di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan punca kematian seorang pelatih Palapes adalah disebabkan strok haba dengan kegagalan
multiorgan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI