fbpx

ACL2: Gagal kekal tempo punca Selangor tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Selangor, Ronnie Fernandez cuba melepasi kawalan pemain Muangthong, Abbosjon Otakhonov ketika aksi ACL2 di Stadium MBPJ kelmarin.

JURULATIH baharu Selangor FC, Katsuhito Kinoshi enggan menekan butang panik sebaliknya percaya dengan kualiti pasukan untuk bangkit selepas tewas 1-2 kepada Muangthong United dalam aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) kelmarin.

Menurut Kinoshi, masih banyak kelemahan yang jelas ditampilkan oleh barisan pemain pada perlawanan kompetitif pertamanya sejak mengambil alih ‘kerusi panas’ itu secara rasmi pada Isnin lepas.

Kinoshi berkata, antara punca kegagalan meraih kemenangan adalah disebabkan barisan pemain gagal mengekalkan tempo agresif selain penyudah yang tumpul ketika menyerang ke kubu lawan.

“Kita sepatutnya boleh menjaringkan gol kedua pada babak pertama, tetapi tidak berhasil. Namun, sekurangnya saya gembira kita dapat tampilkan sedikit kualiti serta corak permainan yang baik di hadapan penyokong.

“Saya beritahu kepada pemain untuk terus kekalkan momentum kami pada babak kedua, tetapi sayangnya aksi yang diharapkan tidak menjadi.

“Secara keseluruhan, pasukan masih perlukan masa untuk berlatih terutama dalam situasi set-piece. Pujian juga wajar diberikan kepada pemain yang tidak pernah berputus asa dan berusaha keras untuk meraih mata tetapi tidak bernasib baik,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, skuad Gergasi Merah bermula garang apabila pemain pertahanan, Quentin Cheng merembat gol menarik seawal minit kelima.

Namun, Muangthong bangkit pada separuh masa kedua apabila meraih dua gol menerusi situasi set-piece yang disudahkan Felicio Forbes dan Poramet Arjvillai.

Skuad Merah Kuning wajib menang ke atas Cebu FC pada aksi terakhir nanti manakala mengharapkan Muangthong gagal menewaskan Jeonbuk Hyundai.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI