fbpx

Liga Konferens Europa: Sancho masih ada sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHO dianggap tunjang kemenangan Chelsea selepas dua umpanannya berjaya disudahkan rakan sepasukan. - AFP

HEIDENHEIM, Jerman – Chelsea mengekalkan aksi sempurna dalam saingan Liga Konferens Europa musim ini meskipun terpaksa bergelut sebelum mencatat kemenangan 2-0 ke atas Heidenheim di Voith-Arena awal pagi semalam.

Meskipun lebih banyak menguasai bola sepanjang perlawanan, namun The Blues berdepan aksi sukar apabila pasukan tuan rumah melakukan 11 percubaan tepat ke arah pintu gol berbanding Chelsea dengan sembilan percubaan tepat.

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca menghamburkan pujian terhadap pemain sayap, Jadon Sancho yang menjadi faktor kemenangan selepas kedua-dua gol dijaringkan hadir menerusi umpanan dilakukan pemain England itu.

“Jadon Sancho menampilkan aksi yang cukup baik dalam membantu kemenangan pasukan pada malam ini (semalam). Memang sejak dari awal lagi saya sentiasa katakan bahawa Jadon akan menjadi pemain penting untuk kami.

“Menentang pasukan yang menerapkan corak permainan bertahan, kami amat memerlukan pemain berkualiti di dalam kawasan lawan dan dia merupakan pilihan terbaik. Jadon melakukan larian selain mampu membuat percubaan,” katanya.

Pada perlawanan itu, duo serangan Chelsea, Christopher Nkunku dan Mykhailo Mudryk menjaringkan gol buat pasukan, manakala pemain tengah, Cesare Casadei dilayangkan kad merah ketika perlawanan menuju ke wisel penamat.

Menerusi kemenangan tersebut, The Blues kini berada dalam kedudukan selesa apabila terus mengukuhkan cengkaman selaku peneraju saingan dengan kemenangan bersih selepas empat perlawanan, mengumpul 12 mata. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI