fbpx

Mangsa banjir hampiri 90,000 orang di 9 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir di sembilan negeri terus meningkat kepada 87,825 orang melibatkan 27,111 keluarga setakat pukul 3.30 petang, hari ini.

Ketika ini, Johor menjadi negeri kesembilan yang mengalami bencana tersebut namun tiada lagi mangsa dicatatkan di negeri itu.

Berdasarkan laporan Info Becana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 550 pusat pemindahan sementara PPS dibuka telah dibuka.

“Kelantan merekodkan angka tertinggi dengan 10 daerah terjejas melibatkan 65,965 mangsa daripada 20,631 keluarga yang ditempatkan di 240 PPS.

“Ia diikuti Terengganu dengan 16,725 mangsa daripada 4,904 keluarga yang ditempatkan di 234 PPS melibatkan lapan daerah,” katanya.

Selain itu, mangsa banjir di Kedah mencatatkan sebanyak 2,792 melibatkan 940 keluarga dipindahkan ke 42 PPS sementara Perlis menyaksikan seramai 425 mangsa daripada 125 keluarga ditempatkan di empat PPS.

“Sebanyak 19 PPS dibuka di Negeri Sembilan menempatkan 1,486 mangsa melibatkan 397 keluarga sementara sejumlah lima PPS dibuka di Melaka dengan 72 mangsa dan 20 keluarga.

“Perak dan Johor masing-masing yang membuka dua PPS menempatkan 48 mangsa daripada 17 keluarga,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI