fbpx

Jalan licin, cuai punca kenderaan pengangkut ATM kemalangan – PTD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Nor telah menerima kenaikan pangkat daripada Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain di Wisma Pertahanan, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Faktor keadaan jalan raya yang licin dan kecuaian antara penyebab kenderaan pengangkut kereta perisai (KPKP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabit kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak pada awal 8 November lalu.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, perkara itu telah diputuskan oleh lembaga siasatan baru-baru ini yang menyiasat nahas tersebut.

“Hasil siasatan telah mengenal pasti keadaan cuaca merupakan salah satu punca utama disebabkan permukaan jalan licin. Selain itu, momentum dan muatan yang berat daripada dua buah KPKP turut menyumbang kepada kemalangan tersebut.

“Ada juga unsur kecuaian membabitkan memandu laju melebihi had daripada prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Pengurniaan Pangkat kepada seorang anggota tentera yang menyelamatkan empat remaja daripada lemas di Puncak Alam, baru-baru ini.

Tambah Muhammad Hafizuddeain, pihak ATM tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan kecuaian mana-mana pihak sama ada pemandu mahupun penyelia konvoi.

Katanya, ATM akan ambil tindakan dan menilai tindakan yang perlu, selain mereka yang bertanggungjawab akan menghadapi prosiding tatatertib selaras dengan peraturan tentera.

“Sebarang pergerakkan konvoi tentera beroperasi di bawah SOP yang ketat, memerlukan kenderaan pengiring dan mematuhi had laju ditetapkan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Kami tidak mahu pergerakkan yang melibatkan kenderaan dan peralatan kami boleh menjejaskan atau membahayakan pengguna jalan raya selain berisiko merosakkan aset kerajaan. Kami perlu berhati-hati,” ujarnya.

Tambah beliau, terdapat kerosakan pada treler serta pengangkut, dengan kos pembaikan yang kita anggarkan sekitar RM182,000 dan pihaknya akan lakukan pembaikan ke atas kenderaan tersebut.

Dalam pada itu, wira ATM, Sarjan Mohd Nor Khalid yang menyelamatkan empat remaja daripada lemas di Puncak Alam, baru-baru ini telah dinaikkan pangkat kepada Staf Sarjan.

Mohd Nor telah berkhidmat hampir 20 tahun dan akan menamatkan perkhidmatan pada tahun hadapan sentiasa menunjukkan budaya kerja positif dan berdedikasi.

Mohd Nor kini sedang bertugas di pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) di Kem Sungai Buloh, Selangor. KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI