fbpx

Sistem IBS percepat, kurangkan kos binaan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan ketika mengadakan lawatan ke CIDB IBS Sdn Bhd, Cheras, hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperkasa penggunaan Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) sebagai kaedah baharu pembinaan termasuk bagi sektor swasta.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) telah memperkenalkan pelbagai dasar dan garis panduan bagi menggalakkan penggunaan IBS.

Katanya, sistem itu merujuk kepada satu kaedah pembinaan yang menggunakan komponen pratuang (prefabricated) atau modular yang dihasilkan di kilang dan kemudiannya dipasang di tapak pembinaan.

“Sistem IBS ini mempunyai banyak kelebihan dan kita sudah lihat empat rumah contoh di sini yang mana ia boleh mengurangkan tempoh pembinaan selain menjadikan tapak pembinaan selamat dan bersih.

“Selain itu, penggunaan sistem ini boleh menambah pekerja tempatan, mengurangkan pembaziran, kurangkan kos projek,” katanya selepas Lawatan ke Galeri Komponen & IBS Homes CIDB, di sini, hari ini.

Tambah beliau, kerajaan telah menetapkan syarat-syarat penggunaan Sistem IBS untuk projek pembinaan, baik di sektor awam (RM10 juta ke atas) mahupun swasta (RM50 juta ke atas).

“Sekarang ini, kita sudah ada 137 pengilang produk IBS yang berdaftar seluruh Malaysia; ‘installer’ (pemasang) pula seramai 18,820 orang dan 11,664 kontraktor.

“Jumlah ini bertambah dari masa ke semasa dan kita tiada halangan. Lagi banyak lagi bagus,” ujarnya.

Bagaimanapun, pihaknya mengakui menghadapi beberapa halangan dalam pelaksanaan sistem IBS dan  akan memperkukuh pengetahuan sistem berkenaan bagi menepis stigma membabitkan kos tinggi.

“Saya teruja berkongsi pada bulan lepas dalam Program Perhimpunan Bulanan, tentang bagaimana negara China dapat menyiapkan 10 tingkat bangunan dalam masa 28 jam.

“Mereka menggunakan sistem modular dan bahan pratuang (prefabricated material). Tidak cukup dengan itu, mereka juga terkehadapan membina bangunan 57 tingkat dalam masa 19 hari,” kongsinya.

Turut hadir Timbalan Ketua Eksekutif II CIDB,  Zainora Zainal dan Pengarah CIDB Kuala Lumpur, Dato Dr Gerald Sundaraj. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI