fbpx

Guru tadika di Pontian rugi hampir RM1 juta ditipu scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PONTIAN – Nak cepat kaya, akhirnya mengalami kerugian yang besar.

Itu yang terjadi kepada seorang guru tadika yang mengalami kerugian sebanyak RM811,500 setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendant Mohammad Shofee Tayib berkata, wanita berusia 60 tahun itu membuat laporan polis, semalam setelah menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan.

Katanya, menurut laporan yang dibuat, mangsa menyatakan telah membuat pelaburan yang diketahui melalui laman Facebook pada 25 Julai lalu.

Menurut beliau, suspek telah menawarkan keuntungan yang tinggi dan berkali ganda dengan kadar keuntungan lima sehingga 20 peratus berdasarkan jumlah dilaburkan bermula pada 22 Oktober lalu.

“Mangsa yang percaya kepada kata-kata manis dari suspek telah membuat beberapa bayaran modal sehingga RM811,500.00 ke dalam akaun Mule yang diberikan oleh suspek.

“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah wang modal dan komisen yang dijanjikan tidak dikembalikan kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI