fbpx

Banjir ‘merebak’ ke Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Geduk di Tampin yang beroperasi 10 hari lalu akibat banjir kilat kini di buka kembali. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Sebanyak lapan buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini hari ini melibatkan daerah Tampin dan Kuala Pilah susulan banjir selepas hujan berterusan berlaku sejak semalam.

Menurut laman sesawang Info Bencana JKM, setakat pukul 8.15 pagi ini, seramai 294 orang mangsa telah ditempatkan di semua PPS terlibat yang terdiri daripada 97 buah keluarga.

Di Tampin, lima buah PPS telah dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Keru, SK Felda Sungai Kelamah, Dewan Felda Jelai 4, Masjid Felda Jelai 4 dan SK Gedok.

Di Kuala Pilah pula, dua buah PPS telah dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Dangi, SK Undang Johol dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Baru Kepis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI