fbpx

Banjir sebagai produk pelancongan adalah dangkal – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi

PETALING JAYA – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan cadangan Exco Kerajaan Pas Kelantan yang mahu menjadi banjir sebagai produk pelancongan adalah dangkal.

Menurut beliau, banjir adalah musibah yang melibatkan nyawa, keselamatan dan kerugiaan harta benda.

“Maaf saya tidak setuju dengan cadangan Exco Kerajaan Pas Kelantan mahu menjadikan Banjir sebagai produk pelancongan.

“Banjir adalah musibah yang perlu ditangani dengan baik, holistik dan berkesan kerana melibatkan keselamatan, nyawa dan kerugian harta benda serta tanam-tanaman milik rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tambah beliau, semalam sahaja di Pasir Puteh seorang lelaki menjadi korban bencana dan musibah itu.

“Carilah idea lain untuk memajukan pelancongan Kelantan. Banyak lagi waktu lain untuk difokuskan untuk pelancongan.

“Ketika ini rakyat mendambakan pertolongan kerajaan negeri dan pusat agar bergandingan menyelamatkan nyawa mereka serta membantu menghadapi musibah banjir yang makin kritikal,” tulisnya.

Katanya, sehingga tengah hari ini sudah 37,000 mangsa banjir dilaporkan sudah dipindahkan.

“Angkanya makin meningkat hinggakan pihak Ketua Jajahan Tumpat sendiri meminta bantuan saya untuk membenarkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat digunakan bagi tujuan penempatan mangsa banjir yang amat tinggi dan luar biasa pada kali ini,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI