fbpx

EPL: Mental pemain City ‘koyak’ teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY berdepan krisis paling teruk sepanjang di bawah kendalian Guardiola selepas gagal meraih kemenangan dalam enam perlawanan. - AFP

MANCHESTER – Pemain pertahanan Manchester City, Nathan Ake secara jujur mengakui pasukan itu sedang berdepan isu kekuatan mental yang serius selepas gagal meraih kemenangan sejak enam perlawanan lalu.

City mensia-siakan kelebihan mendahului perlawanan dengan tiga gol ketika menentang Feyenoord pada aksi Liga Juara-Juara di Etihad apabila pasukan lawan hanya memerlukan 14 minit pada hujung permainan untuk meledak tiga jaringan.

Keputusan itu menyaksikan City berada di kedudukan ke-15 saingan tersebut apabila hanya mengutip lapan mata daripada lima perlawanan sekali gus menyukarkan mereka menembusi kelompok lapan pasukan teratas yang bakal layak secara automatik.

Menjelang pertemuan getir menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool awal pagi Isnin ini, Ake mengakui mereka perlu menyelesaikan isu berkenaan dalam tempoh segera untuk mengelak terus dihantui badi kekalahan.

“Mungkin itu faktornya (masalah mental). Sukar untuk saya katakan, kami jarang berada dalam situasi ketika ini, tetapi ini adalah masa terbaik untuk kami menunjukkan karakter sebenar pasukan ini.

“Apabila semua perkara seperti tidak menyebelahi kami dan semua orang melemparkan kecaman, kami perlu kekal kuat terutama dari aspek mental. Kami perlu kekal bersama-sama dan yakin dengan kemampuan sendiri.

“Setiap musim, ini adalah tempoh kami berdepan situasi seperti ini, namun tidak seteruk ini sebelum ini. Kami perlu pastikan segera keluar dari masalah ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI