fbpx

UCL: Aksi Liverpool lain macam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAKPO meledak gol kedua Liverpool ketika mengesahkan kemenangan ke atas Real pada aksi di Anfield awal pagi semalam. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot masih enggan mendabik dada meskipun berjaya membantu pasukan menamatkan badi kemenangan ke atas Real Madrid selepas meraih kemenangan 2-0 pada aksi Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi semalam.

Skuad The Reds sebelum ini gagal menewaskan kelab gergasi La Liga itu sejak tahun 2009 dengan rekod lapan perlawanan lepas termasuk dua kekalahan di pentas final UCL edisi 2018 dan 2022.

Namun, Slot berjaya mempamerkan taktikal dalam kelas tersendiri untuk memastikan tuan rumah dapat meraih tiga mata berharga ketika bertemu The Galacticos hasil jaringan Alexis Mac Allister dan Cody Gakpo.

“Saya sangat gembira apabila pasukan dapat membuktikan keupayaan sebenar apabila menentang kelab hebat seperti Real yang sudah bergelar juara UCL banyak kali sebelum ini. Malah, mereka juga seperti badi buat Liverpool sejak beberapa tahun lalu.

“Namun, kemenangan ini membuktikan bahawa Liverpool semakin serius dalam memastikan misi untuk lolos ke pusingan kalah mati semakin hampir menjadi kenyataan kerana tiga mata ini cukup penting,” kata Slot.

Sementara itu, pengendali kelahiran Belanda itu percaya The Kop masih belum layak dilabel sebagai antara kelab terbaik Eropah musim ini walaupun begitu konsisten termasuk di pentas domestik.

“Secara jujur, saya tidak mengubah perkara kerana semua pemain yang ada sudah bersama sejak sekian lama. Cuma, saya tidak mahu mereka terbuai dengan prestasi semasa dan terus fokus kerana musim masih lagi panjang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI