fbpx

Pegawai daerah dibenar buka PPS tambahan tampung mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kecemasan bencana banjir di sini, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Bagi melancarkan penempatan sementara mangsa banjir, pegawai daerah kini dibenarkan membuka pusat pemindahan sementara (PPS) tambahan mengikut keperluan semasa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pegawai daerah atau pengerusi jawatankuasa bencana daerah boleh menggunakan budi bicara mereka untuk membuka PPS tambahan.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman lalu, ada kawasan yang tidak disediakan PPS tetapi tiba-tiba dilanda banjir.

“Kami putuskan PPS yang tidak berdaftar juga dibenarkan atau dibuka. Itu bergantung kepada kriteria yang digunapakai oleh pengerusi jawatankuasa bencana kawasan,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kecemasan bencana banjir di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, kawalan sempadan negara di Rantau Panjang – Sungai Golok tidak terjejas biarpun lima daripada 13 pos statik Pasukan Gerakan Am (PGA) ditutup akibat banjir.

Jelasnya, selain PGA, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengadakan kawalan di sempadan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI