fbpx

Paras air Sungai Kelantan masih terkawal, tiada keperluan isytihar darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat mangsa di Ketereh, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan melihat tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat meskipun hampir kesemua daerah di negeri ini sudah ditenggelami banjir.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan), Datuk Ab. Pattah Hasbullah berkata, sehingga kini situasi bencana banjir di negeri ini masih terkawal.

Menurutnya, berdasarkan rekod terutamanya pada bah kuning 2014, kerajaan hanya mengisytiharkan darurat apabila paras air di Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai mencecah 35.1 meter (m).

“Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, paras air di situ mencapai 25.13 m iaitu kurang 10 m daripada paras bacaan pada 10 tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Berhubung isu siren amaran banjir dibunyikan banyak kali yang tular di media sosial, beliau menjelaskan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan ia berpunca daripada sedikit gangguan teknikal.

“Amaran peringkat bahaya memang berlaku dan siren akan berbunyi secara automatik apabila paras air sungai mencecah peringkat bahaya. Kebiasaannya ia hanya berbunyi sekali atau dua kali dan bukan lebih tiga kali seperti berlaku hari ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI