fbpx

Banjir: 31 jalan terputus hubungan di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan Kenyir - Aring, Hulu Terengganu yang terpaksa ditutup untuk kegunaan semua kenderaan ekoran mendapan tanah hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 31 laluan di Terengganu terpaksa ditutup untuk kegunaan semua kenderaan ekoran ditenggelami banjir yang semakin memburuk di negeri ini hari ini.

Selain itu, Jalan Kenyir – Aring, Hulu Terengganu sepanjang Kilometer 187 hingga 189 turut tidak boleh dilalui ekoran runtuhan dan mendapan tanah.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, Dr. Hasli Ibrahim berkata, jalan raya yang terjejas itu melibatkan Besut (tujuh), Hulu Terengganu (sembilan), Setiu (enam), Kemaman (lima) dan Dungun (empat). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI