KANGAR – Sebanyak lapan buah sekolah dibenarkan untuk melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) susulan kejadian banjir di Perlis mulai esok.
Pengarah Pendidikan negeri, Rose Aza Che Arifin berkata, lapan buah sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Sheikh Ahmad, SMK Syed Hussein, Sekolah Kebangsaan (SK) Arau selain SK Tengku Budriah.
Katanya, empat lagi ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Aik, Sekolah Menengah Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah (Al Maad), SK Titi Tinggi dan SK Guar Nangka yang mana pelajar turut dibenarkan pulang awal hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Rahimi Ismail berkata, situasi banjir di Perlis masih terkawal meskipun beberapa kawasan dilaporkan terjejas susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu. – KOSMO! ONLINE