fbpx

Orang tengah sindiket ‘counter setting’ direman kes suapan RM3,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK diiringi pegawai SPRM ketika hadir ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka. Foto MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/ KOSMO!

MELAKA – Seorang lelaki direman lima hari bermula hari ini selepas disyaki menjadi orang tengah sindiket ‘counter setting’ membabitkan suapan sehingga RM3,500 kepada pegawai imigresen bagi melepaskan warga asing yang masuk ke negara ini tanpa mengikut prosedur, sejak tiga tahun lalu.

Perintah reman sehingga 2 Disember itu dikeluarkan oleh Majistret Nor Syaliati Mohd. Sobri terhadap suspek lelaki berusia 38 tahun.

Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek ditahan pukul 6.20 petang semalam selepas hadir ke pejabat SPRM Melaka untuk memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek dipercayai aktif sejak 2021 hingga 2023 dan berperanan sebagai orang tengah sindiket ‘counter setting’ dengan membayar suapan antara RM500 sehingga RM3,500 kepada pegawai Jabatan Imigresen Malaysian (JIM).

Bayaran itu adalah bagi membawa masuk setiap warga asing ke negara ini untuk pelbagai tujuan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI