fbpx

Zamrud ‘kutukan’ bernilai RM4 bilion dipulangkan ke negara asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail batu zamrud bernilai RM4.4 billion. - Foto Jabatan Syerif Los Angeles

WASHINGTON – Seketul bijih mengandungi permata zamrud seberat 400 kilogram bernilai AS$1 billion (RM4.4 bilion) akan akan dipulangkan ke Brazil dari Amerika Syarikat (AS) selepas lebih dua dekad, lapor laman berita Daily Express semalam.

Keputusan sebuah mahkamah persekutuan AS pada 21 November lalu menamatkan pertikaian undang-undang berpanjangan melibatkan pelabur, peniaga permata dan kerajaan kedua-dua buah negara.

Ia berlaku selepas zamrud Bahia itu ditemui di sebuah lombong di Hutan Hujan Amazon pada tahun 2001.

Menurut rekod mahkamah, kerajaan Brazil mengemukakan bukti bahawa permata itu diekstrak secara haram tanpa permit melombong atau eksport.

Kerajaan sama  juga memberikan bukti bahawa dokumen kastam palsu digunakan untuk membawanya keluar dari Brazil.

Selepas diekstrak dari lombong,  mereka yang terlibat dengan permata itu mengalami  peristiwa malang sehingga ia digelar sebagai zamrud ‘kutukan’.

Antara peristiwa malang itu ialah serangan harimau jaguar ketika zamrud itu dibawa melalui hutan keluar dari Brazil. 

Gudang di mana ia disimpan di New Orleans rosak dibadai  Taufan Katrina sebelum permata itu dicuri dari sebuah  gudang lain  di Los Angeles tempat ia dipindahkan. 

Ia akhirnya ditemui oleh pihak berkuasa di Las Vegas, Nevada.

Pelbagai kumpulan pula terbabit dalam pertikaian undang-undang dengan mereka mendakwa sebagai pemiliknya sah termasuk ahli perniagaan Amerika, Kit Morrison yang mengetuai sebuah konsortium pelabur.

Pada 2021, mahkamah Brazil mengeluarkan perintah rampasan muktamad dan pada 2022, Jabatan Kehakiman secara rasmi meminta ia dipulangkan ke Brazil. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI