fbpx

Mangsa banjir enam negeri meningkat 44,088 orang menjelang tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Mangsa banjir di enam negeri terus meningkat apabila mencatatkan jumlah mangsa seramai 44,088 daripada 13,451 keluarga sehingga pukul 1 tengah hari ini.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), negeri terbabit adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan Perak.

Setakat 1 tengah hari ini, negeri Kelantan terus merekodkan angka tertinggi iaitu 36,583 orang mangsa membabitkan 11,021 keluarga, dengan sebanyak 179 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Di Terengganu, 6,796 mangsa daripada 2,157 keluarga ditempatkan di 182 PPS di enam daerah.

Sementara itu, di negeri Perlis pula, bilangan mangsa banjir kini melibatkan seramai 201 mangsa daripada 58 keluarga dengan tiga PPS telah dibuka di dua daerah.

Daripada keseluruhan mangsa banjir, seramai 14,451 adalah lelaki dewasa, 15,566 wanita dewasa, 6,585 kanak-kanak lelaki, 6,289 kanak-kanak perempuan, 636 bayi lelaki dan 562 bayi perempuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI