fbpx

GISBH guna dana perniagaan untuk ajaran sesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri tidak pernah menganiaya perniagaan mana-mana organisasi Islam di negeri ini melainkan ia sudah terbukti bertentangan ajaran Al Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Mufti mendapati GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) menggunakan perniagaan untuk ajaran sesat.

“Kita ada bertemu dengan kanak-kanak kecil bayi hingga berusia 18 tahun di Bangunan Jabatan Kebajikan Masyarakat, ada yang digunakan sebagai buruh paksa.

“Islam juga tidak pernah mengajar untuk melakukan penganiayaan terhadap wanita, itu belum sentuh mengenai gangguan seksual, siasatan polis mendapati ia berlaku,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Ketiga Kali ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Mohd. Fared (BN-Semerah) berkata demikian pada sesi soalan tambahan Datik Jefridin Atan (BN-Kukup) sejauh manakah usaha yang telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam mendepani isu ajaran sesat dan juga pengabaian terhadap kanak-kanak serta penggunaan buruh paksa di negeri ini.

Beliau berkata, satu garis panduan Penubuhan Jawatankuasa Membanteras Isu Ajaran Sesat telah diangkat di dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) pada 23 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI