fbpx

Paip loji pecah, 13,766 penduduk Tanah Merah putus bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TANAH MERAH – Kira-kira 13,766 pengguna Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) menghadapi gangguan bekalan air selepas paip air bersaiz 700 milimeter pecah sekali gus menyebabkan operasi di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah, di sini terpaksa dihentikan.

Jurucakap AKSB berkata, kejadian itu berlaku susulan mendapan dan pergerakan di kawasan loji tersebut ekoran hujan lebat berterusan.

“AKSB menggerakkan lori-lori tangki yang sedia ada semaksimum mungkin untuk penghantaran bekalan air ke kawasan kritikal seperti hospital, klinik kesihatan, pusat dialisis dan lain-lain.

“Antara kawasan terlibat ialah sekitar bandar Tanah Merah, Hospital Tanah Merah, Kampung Sat Hulu dan Hilir Kota Harmoni, Kampung Pasir Panji, Tepi Sungai, Kenerak, Bechah Laut, Kelewek, Batu Hitam, Manal, Banggol Kemunting, Padang, Paloh, Bukit Panau dan Bendang Baru,” katanya.

Jurucakap itu turut berkata, Jalan Jedok, Jalan Wan Ahmad, Padang Siam, Kampung Bukit Gading, Gual Ipoh, Kusial, Padang Che Minah dan Bukit Mas turut menghadapi gangguan bekalan air.

Menurutnya, selain itu, Taman Sri Hawa, Kisana, Desa Impian, Desa Fajar, Desa Fatin, Guru, Tanah Merah, Ten, Jintan KB, Desa Rahmat, Jalan Banggol dan Jalan Banggol Jenerih juga menghadapi masalah sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI