fbpx

Cadang buka ‘Night Safari’ di Zoo Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZOO Johor dibuka semula kepada pengunjung bermula 31 Ogos lalu selepas tiga tahun ditutup untuk projek menaik taraf.

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri mempertimbangkan cadangan untuk membuka ‘Night Safari’ di Zoo Johor sebagai tarikan pelancong baharu yang unik di negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, cadangan ini susulan pembukaan semula Zoo Johor pada 31 Ogos lalu mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengunjung.

Beliau berkata, cadangan ini merupakan langkah strategik untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke Zoo Johor sekali gus menyumbang kepada perkembangan ekonomi setempat.

Katanya, pihaknya menerima banyak maklum balas daripada pengunjung yang mencadangkan pembukaan Safari Malam di Zoo Johor itu.

“Pencahayaan, laluan masuk termasuk untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas perlu dilihat sebelum menjayakan cadangan ini,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Ketiga Kali ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sesi soalan tambahan Tan Chong (DAP-Bekok) berhubung sambutan pengunjung Zoo Johor sejak ia dibuka semula.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz memberitahu, Zoo Johor yang merupakan zoo tertua dalam negara merekodkan jumlah pengunjung lebih 500,000 sejak dibuka semula pada 31 Ogos lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI