fbpx

Banjir: PPS di Rantau Panjang putus bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di sekitar kawasan PPS SK Sri Rantau Panjang hari ini. FOTO IHSAN PEMBACA

RANTAU PANJANG – Hujan lebat berterusan sejak kelmarin menyebabkan bekalan elektrik di kebanyakan kawasan di Rantau Panjang terputus bekalan elektrik.

Keadaan itu juga mengakibatkan tiga laluan utama untuk masuk ke pekan Rantau Panjang di sini iaitu jalan Pohon Tanjung, Panglima Bayi dan kalbox 5 dinaiki air susulan peningkatan paras Sungai Golok yang melebihi bacaan semasa bah kuning 2014.

Sekreteriat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia melaporkan, paras air Sungai Golok di sini ketika ini mencecah 11.47 meter (m) sekali gus melepasi bacaan paras sungai itu semasa bah kuning yang melanda seluruh Kelantan pada 10 tahun lalu iaitu 10.52 m.

Seorang penduduk, Mohamad Naziz Abdul Zaman, 47, berkata, kebanyakan lokasi di Rantau Panjang terputus bekalan elektrik bermula pukul 8 pagi tadi semasa dia sedang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang.

Menurutnya, ketiadaan bekalan elektrik di kawasan itu menyebabkan banyak perkara asas seperti saluran bekalan air dan penggunaan tandas tidak dapat digunakan dengan sebaiknya di PPS.

Sementara itu, seorang penduduk, Nipah Zakaria, 63, berkata, hujan lebat yang berterusan menyebabkan rumahnya dinaiki air sedalam hampir dua meter sebelum mengambil keputusan untuk berpindah ke PPS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI