fbpx

Isu Palestin tidak jejas hubungan diplomatik Malaysia, Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar di Dewan Rakyat hari ini. - Foto JABATAN PENERANGAN

KUALA LUMPUR – Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) masih baik walaupun Malaysia lantang dalam menyuarakan dan mempertahankan hak rakyat Palestin.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua negara masih meneruskan semua perkongsian komprehensif dan kerjasama termasuk mengadakan pertemuan-pertemuan.

“Dari Januari hingga Oktober 2024, jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan AS meningkat 29.1 peratus kepada RM264.28 bilion. Peningkatan agak tinggi.

“Projek telah dijalankan dan sedang diuruskan sebanyak 1,321 dengan pelaburan keseluruhan 39 bilion dolar (AS),” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) adakah Malaysia menghadapi risiko sekatan perdagangan dari AS disebabkan kelantangan Perdana Menteri mempertahankan hak Palestin.

Anwar berkata, Malaysia bagaimanapun berasa bimbang dengan perkembangan terbaru oleh AS termasuk tindakan kenaikan tarif untuk Mexico, Kanada dan China.

Menurut beliau, berdasarkan pemantauan setakat ini, tindakan tersebut tidak melibatkan isu dasar luar negara AS termasuk soal Palestin.

Jelas beliau, ia melibatkan soal imbangan bayaran antara negara terlibat iaitu berlaku defisit seperti diperkatakan oleh Donald Trump semasa kempen Pilihan Raya Presiden AS.

“Kita sekarang menjalankan semua hubungan dengan `team’ baru (AS) setakat upaya kita, tetapi sebagai negara merdeka dan berdaulat pendirian kita dalam isu-isu antarabangsa termasuk keganasan, kezaliman, penindasan, penjajahan di Palestin akan kita teruskan.

“Saya tidak fikir sementara perkembangan ekonomi sangat penting boleh menjejaskan, mengurangkan atau mengekang pendirian kita dalam menyuarakan hak tuntutan keadilan buat rakyat Palestin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI