fbpx

‘Kami ‘rujuk’ semula ini pun tiada tekanan sangat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRU mengumumkan kembali bergabung sekali gus mengubat kerinduan peminat mereka.

KUALA LUMPUR – Selepas enam tahun bubar, kumpulan adik-beradik terkenal, KRU mengumumkan kembali bergabung sekali gus mengubat kerinduan peminat mereka.

Menurut Datuk Norman Abdul Halim, 52, keputusan untuk kembali bersatu itu dimuktamadkan sekitar Mei tahun selepas melihat dua ahli lain yang juga adiknya iaitu Datuk Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim rancak berkongsi tentang muzik serta teknologi terbaharu antara satu sama lain.

“Kalau nak ikutkan pada tahun 2018 itu, kami memang tiada perancangan nak bubar dan konsert Gergasi KRU25 di Istana Budaya hanya nak sambut ulang tahun KRU ke-25 tahun.

“Sebenarnya tiga minggu sebelum konsert pun, Edry sudah luahkan hasrat nak bubarkan KRU sebab mahu berhijrah ke Manchester, United Kingdom.

“Ketika itu, saya pun terkejut mereka nak bubar tetapi ketika itu pun saya dan Yusry pun berfikir, apa lagi yang nak buat sebab semua benda sudah kami lakukan. Jadi, pada Mei tahun lalu secara rasmi kami bergabung semula,” katanya selepas sidang akhbar pelancaran single terbaharu, Voodoo di sini, semalam.

Sementara itu, Edry berkata, penyatuan semula tersebut juga berlaku disebabkan permintaan peminat yang mahu melihat mereka kembali bersama.

“Kami ‘rujuk’ semula ini pun tiada tekanan sangat.

“Sekitar 2022, Yusry mula rancak berkongsi pelbagai konten tentang teknologi, idea muzik baharu dan banyak mencuba pelbagai eksperimen.

“Kami tak nafikan hasrat peminat yang sentiasa berharap kami bersatu semula dan mahu lagu baharu pun antara sebab utama. Pengorbanan Edry yang sanggup berulang alik KL-Manchester dalam tempoh setahun ini juga faktor utama,” ujarnya.

Terdahulu, KRU pada April 2018 mengumumkan pembubaran kumpulan itu selepas konsert terakhir mereka yang berlangsung pada 6 Mei tahun sama.

Keputusan tersebut merupakan kata sepakat apabila ketiga-tiga mereka mempunyai perancangan tersendiri untuk meneruskan kerjaya masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI