KOTA BHARU – Siren di Tambatan Diraja di sini dibunyikan sebanyak tiga kali menandakan air Sungai Kelantan di kawasan tersebut meningkat.
Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) berkata, siren itu dibunyikan sebagai tanda air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja sedang menaik dengan cepat menghampiri tebing.
Sekreteriat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia melaporkan, paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja menunjukkan trend menaik dengan bacaan 3.42 meter dan berada pada paras berjaga-jaga. – KOSMO! ONLINE