fbpx

Kenali tanda jangkitan kuman paru-paru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di TikTok.

PETALING JAYA – Ibu bapa perlu peka tentang tanda bahaya jangkitan kuman paru-paru pada kanak-kanak.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh pegawai perubatan pediatrik, Dr. Redza Zainol, terdapat beberapa tanda penting yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa sekiranya anak mereka menunjukkan simptom jangkitan paru-paru.

Menurutnya, salah satu tanda bahaya perlu diketahui ibu bapa adalah ‘tachypnea’ atau kadar pernafasan yang laju.

“Bayi di bawah dua bulan dianggap bernafas laju jika mereka bernafas lebih dari 60 kali seminit.

“Untuk kanak-kanak berusia antara dua bulan hingga satu tahun pula, kadar pernafasan dianggap laju lebih daripada 50 kali seminit, manakala bagi kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun, kadar pernafasan lebih daripada 40 kali seminit,” katanya.

Dr. Redza menjelaskan, jika seorang bayi yang dijangkiti kuman paru-paru bernafas dengan laju, tulang rusuk di bahagian bawah dada akan kelihatan lekuk ketika menarik nafas.

“Jika ada tanda ini, jangan ambil mudah kerana ia sesuatu yang sangat bahaya dan perlu bawa jumpa doktor segera,” ujarnya dalam video berkenaan.

Seterusnya, ‘sheezing’ atau nafas berbunyi berlaku apabila saluran pernafasan menjadi sempit, menyebabkan nafas dihembus mengeluarkan bunyi seperti wisel.

“Ini menunjukkan bahawa saluran udara anak terjejas dan memerlukan perhatian perubatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI