fbpx

Pelatih Palapes didenda tekan tubi sebelum rebah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Siasatan terhadap kematian seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendapati pelatih tersebut pernah didenda tekan tubi oleh jurulatihnya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, denda tersebut susulan ketinggalan dalam sesi larian.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati mangsa telah menyertai Palapes UiTM sejak penghujung Oktober lalu dan kini sedang menjalani ujian kecergasan sebelum latihan asas PALAPES bermula pada tahun depan.

“Pada hari kejadian, pelatih tersebut telah didenda melakukan tekan tubi oleh jurulatih kerana ketinggalan dalam sesi larian.

“Mangsa berkenaan dilihat melompat-lompat sebelum terjatuh rebah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pelatih tersebut kemudiannya telah dirawat di wad kecemasan Zon Merah Hospital Shah Alam (HSA) dan semasa mendapat rawatan awal didapati pelatih itu dalam keadaan separa sedar dan mengalami suhu badan yang tinggi.

“Rawatan awal telah diberikan dalam usaha untuk hidrasi pelatih berkenaan namun tidak memberikan tindak balas positif.

“Mangsa telah mengalami kekejangan dan rawatan susulan telah diberikan sebelum dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi hospital sama,” ujarnya.

Hussein menambah, tiada terkesan sebarang kecederaan luaran pada badannya dan pelatih tersebut telah disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.01 pagi pada 13 November lalu.

“Punca kematian adalah disebabkan Heat Stroke with multiorgan Failure (Strok Haba dengan Kegagalan
multiorgan). Siasatan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, ” jelasnya.

Kata beliau, bapa mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam kira-kira pukul 4.58 petang pada 15 November lalu.

“Sehingga kini, polis telah mengambil keterangan sembilan orang saksi termasuk pengadu.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Asisten Superintendan Mohd. Khairi Kamaruddin di talian 012-2666025,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan seorang pelatih Palapes daripada sebuah universiti tempatan meninggal dunia pada 13 November lalu selepas bapa mangsa mendakwa anaknya didera secara fizikal.

Memetik laporan media, bapa mangsa turut mendakwa anaknya mengalami pelbagai penderaan termasuk dipijak dada serta dipaksa melakukan pelbagai aksi termasuk seperti kuda dan ditunggang oleh jurulatih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI