fbpx

Mangsa banjir terus meningkat kepada 30,045

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Mangsa banjir di tujuh negeri terus meningkat seramai 30,045 yang terdiri daripada 9,066 keluarga setakat 11.41 malam ini.

Menerusi data laman web Info Bencana JKM, daripada jumlah tersebut, Kelantan masih lagi mendahului dengan mencatatkan seramai 25,050 orang mangsa yang terdiri daripada 7,485 keluarga.

“Ia diikuti negeri Terengganu seramai 4,699 mangsa daripada 1,491 keluarga dan di Kedah pula mencatatkan seramai 153 mangsa daripada 48 keluarga manakala di Perlis seramai 77 mangsa daripada 23 keluarga.

“Di Johor pula mencatatkan 28 orang mangsa daripada lapan keluarga dan 20 mangsa di Perak dengan melibatkan tujuh keluarga serta 18 mangsa direkodkan di Sarawak daripada empat keluarga,” lapornya.

Pada masa ini sebanyak 284 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di negeri terjejas banjir bagi penempatan mangsa tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI