fbpx

Lebih 167,000 pelajar asing menuntut di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berucap pada majlis Meet and Greet with International Students in Malaysia (MAGNET) di Putrajaya Botanical Garden di sini, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/PEMBERITA - AMRE

PUTRAJAYA – Jumlah pelajar antarabangsa yang kini menuntut di pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara dilaporkan sudah mencecah seramai 167,000 orang.

Perkara berkenaan dimaklumkan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang turut menyifatkan bilangan besar tersebut sebagai amat positif.

Katanya, kesemua penuntut antarabangsa yang belajar dalam pelbagai jurusan termasuk di IPT swasta itu terdiri daripada 179 buah negara.

“Jumlah itu sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2015-2025 yang menyasarkan kemasukan kira-kira 250,000 pelajar antarabangsa bagi setiap tahun.

“Perangkaan terbaharu sepanjang tahun ini menunjukkan ada peningkatan lebih 30 peratus berbanding 104,315 penuntut asing yang direkodkan pada tahun lepas,” katanya ketika merasmikan program Meet And Greet with International Students in Malaysia, di sini petang tadi.

Katanya, beliau turut menyokong usaha beberapa buah IPT awam membuka kampus pesisir di luar negara antaranya di Qatar dan Indonesia yang melonjakkan imej baik Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI