BACHOK – Dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang sedang dalam perjalanan menyelamatkan mangsa banjir nyaris maut selepas trak pikap yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Bukit Temalong, Gunong di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, Mohd. Sazwan Hafidz Ruslan dan Mohamad Aiman Amri terselamat selepas mereka sempat merangkak keluar dari kenderaan pacuan empat roda jenis Nisssn Navara.
Pegawai Pertahanan Awam Bachok, Mohd. Khairi Mat Hussin berkata, dua anggota APM itu dalam perjalanan menuju ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan(SK) pak Badol, Mahligai, di sini.
Memurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit secara tiba-tiba berpusing sebelum terbabas dan terbalik.
“Kedua-dua anggota itu kemudian merangkak keluar untuk menyelamatkan diri. Mereka berdua selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun masih terkejut dengan kemalangan itu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE