fbpx

Sunway Resorts hotel tawar pelbagai menu enak sempena Hari Krismas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Susun atur pelbagai manisan yang menyelerakan bersesuaian dengan tema sambutan Hari Krismas di Sunway Resorts Hotel.

PETALING JAYA – Hiasan indah di semua premis pejabat, pusat beli-belah, hotel bersempena sambutan Hari Krismas tidak lama lagi semakin meriah di seluruh negara dan terdapat pelbagai acara telah disusun menjelang hari keramaian tersebut.

Tidak ketinggalan menyambut awal hari perayaan tersebut bertujuan untuk mengambil mood awal Hari Krismas, Sunway Resorts Hotel telah menganjurkan majlis pencahayaan pokok krismas baru-baru ini dengan tema Christmas of Good Taste yang mengambil ilham daripada  karya indah ilustrator Perancis terkenal iaitu George Berbier melalui majalahnya, Gazette Du Bon Ton yang diterjemahkan kepada Journal of Good Taste.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis tersebut, sepanjang bulan Disember ini, hotel tersebut padat menyusun aktiviti mempromosikan pelbagai hidangan menarik daripada menu barat hinggalah kepada makanan signatur selera rakyat negara pelbagai bangsa.

Jelasnya, ini adalah masa terbaik buat peminat hotel ini bersama ahli keluarga dan rakan serta majikan yang mahu meraikan kakitangannya untuk makan bersama dalam pelbagai bufet yang ditawarkan pada harga menarik.

“Salah satu  restoran popular untuk sambutan Hari Krismas di sini adalah Sunset Terrace yang mana antara hidangan yang ditawarkan adalah Crown Roast of Lamb, Rolled Turkey Breast dengan Cranberry dan Chestnut Stuffing serta Roast Prime Rib.

“Turut disediakan adalah pelbagai jenis salad, menu pembuka selera, hidangan makanan laut di atas ais dan juga makanan popular global yang lain bersesuaian untuk memenuhi selera pengunjung pelbagai peringkat umur,” jelasnya.

Restoran berkenaan turut menawarkan pilihan pelbagai hidangan menyelerakan untuk sesi makan tengahari dan brunch musim perayaan secara buffet ini ditawarkan pada harga antara RM168 hingga RM208 seorang dewasa manakala kanak-kanak dan juga warga emas dikenakan harga antara RM84 hingga RM104 seorang.

Promosi tersebut berlangsung dari 15 November hingga 30 Disember ini tetapi tidak ditawarkan pada hari krismas.

Selain itu, makan malam secara bufet pada hari Krismas pula ditawarkan pada RM258.00 dewasa manakala kanak-kanak dan warga emas dikenakan harga RM129.

Bagi mereka yang mahu mencari kelainan untuk perayaan tahun ini, pelanggan boleh berkunjung ke Gordon Ramsay Bar dan Grill, salah satu restoran popular dalam Sunway Resort Hotel.

Antara hidangan popularnya adalah Hokkaido Scallop, Foie Gras Smoked Duck, a Turkey Wellington dan barisan pemanis mulut meliputi  Christmas Pudding, Kota Marudu Dark Chocolate Delice dan Tête de Moine.

Bagi peminat burger pula, outlet Black Tap Craft Burger turut menawarkan hidangan istimewa sempena sambutan Hari Krismas dengan pelbagai menu seperti Rib Eye Steak dan Barbecue Short Ribs yang ditawarkan pada harga serendah RM185.00.

Tawaran promosi itu bermula pada 21 Disember hingga 1 Januari depan.

Menu popularnya adalah All-American Burger, Crispy Chicken Sandwich, House Salad, Crispy Brussels Sprouts and Salt & Pepper Wings. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI