fbpx

Warga emas maut, kereta terbabas dan tenggelam dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kenderaannya yang tenggelam dalam parit di belakang Dewan Serbaguna Persatuan Foo Chow Kapit.

KAPIT- Seorang warga emas maut selepas terperangkap di dalam kenderaannya yang terbabas dan tenggelam dalam parit di belakang Dewan Serbaguna Persatuan Foo Chow Kapit, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, dalam kejadian pukul 7.15 pagi itu, mangsa yang berusia 75 tahun dipercayai lemas di dalam parit yang dipenuhi air.

Menurut jurucakap itu, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit yang tiba di lokasi mendapati keadaan arus parit terlalu deras sehingga menyukarkan operasi menyelamat mangsa.

“Pasukan bomba memecahkan cermin kenderaan dan mengikat badan mangsa menggunakan tali untuk mengeluarkan warga emas itu.

“Sebaik dibawa keluar, mangsa dipercayai sudah tidak bernyawa,” katanya yang memberitahu mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI