fbpx

Curi Ferrari: 2 lelaki termasuk anak penyanyi mengaku tidak salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG – Anak penyanyi terkenal tahun 90-an dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri supercar jenis Ferrari milik seorang usahawan di pusat cuci kereta di Hulu Kelang dua minggu lalu.

Tertuduh, Norqyyum Zainori, 29, dan Mohd. Alif Naim Mohd. Azmir, 38, yang merupakan anak penyanyi membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

Mereka berdua didakwa bersama seorang yang masih bebas mencuri Ferrari bernilai RM300,000 milik wanita berusia 53 tahun di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang pukul 11.08 pagi pada 17 November lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Bagi satu lagi pertuduhan pilihan, mereka didakwa bersama seorang yang masih bebas menyimpan Ferrari itu dengan mengetahui harta itu adalah harta curi.

Oleh itu mereka didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal.

Tertuduh Mohd. Alif Naim diwakili peguam Mohd. Firdaus, manakala Norqyyum pula diwakili peguam Wan Nur Afifah Che Bakar.

Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Februari 2025 bagi sebutan semula kes.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan anak penyanyi tempatan antara enam individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan supercar jenis Ferrari di sebuah pusat cuci kenderaan di Hulu Kelang di sini pada 17 November lalu.

Ia berhubung, seorang ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 50-an yang juga pemilik Ferrari tersebut membuat laporan polis selepas kenderaannya dilaporkan hilang dipercayai dicuri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI