PETALING JAYA – Sebuah restoran terapung terkenal yang dibina di pinggir Sungai Kelantan di Kota Bharu didakwa dihanyutkan air dalam kejadian banjir hari ini.
Menerusi video yang dikongsi di WhatsApp, restoran yang terkenal pada waktu malam itu dihanyutkan arus Sungai Kelantan.
Air Sungai Kelantan dikatakan naik secara mendadak ekoran hujan lebat di negeri itu selama tiga hari.
Agensi Bencana Kebangsaan (Nadma) menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada rakyat Kelantan tentang amaran bencana tersebut.
Menurut Nadma, bah dijangka berlaku bermula hari ini sehingga 1 Disember ini.- KOSMO! ONLINE.