PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia memaklumkan, kawasan-kawasan yang dijangka terjejas termasuk Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, dan Sabah.
Perak dijangka mengalami cuaca buruk di kawasan Hilir Perak. Sementara itu, Selangor turut terjejas di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, dan Hulu Langat. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga dijangka dilanda hujan lebat dan ribut petir.
“Bagi Negeri Sembilan, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk termasuk Jelebu, Kuala Pilah, Jempol, dan Tampin,” katanya.
Di Johor, kawasan yang terjejas meliputi Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, dan Johor Bahru.
Tambahnya, bagi Sarawak pula, kawasan yang dijangka terjejas termasuk Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro, dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), serta Miri (Subis, Beluru, Miri, dan Marudi).
Sementara itu, di Sabah, kawasan Pedalaman seperti Nabawan dan Keningau, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, dan Tuaran), Tawau (Tawau dan Semporna), serta Sandakan (Tongod) turut diramal mengalami ribut petir dan angin kencang.
Orang ramai di kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya berhati-hati terhadap risiko banjir kilat, angin kencang, dan pokok tumbang. – KOSMO! ONLINE