NAMA Nadhir Nasar semakin gah selepas satu persatu lakonannya menerusi drama mahupun filem meraih pujian.
Melihat pencapaian, aktor berusia 27 tahun itu memang mampu melangkah lebih jauh. Dia bukan hanya berbakat besar, malah mempunyai keperibadian yang baik.
Tidak hairan apabila peminatnya sentiasa setia memberikan sokongan, ditambah dirinya bersih dari sebarang kontrovesi.
Cuma tak sedapnya baru-baru ini timbul rungutan segelintir pihak yang mendakwa pelakon filem Kahar: Kapla High Council itu semakin memilih.
Kononnya dia hanya mahu berlakon dalam produksi stesen televisyen A sahaja, manakala produk untuk stesen B pula didakwa akan hanya dilakukan apabila dirinya semakin berusia nanti.
Difahamkan, ada pihak yang sudah kecil hati terhadapnya dan berasakan seolah-olah seperti diperkecilkan.
Tapi nama pun dakwaan, selagi bukan didengar dan berlaku depan mata, pihak terbabit janganlah mudah sentap. Mungkin ada salah faham. Tak gitu.
Mizz Lahar: Tak sabar nak turun panggung tonton Kahar: Kapla High Council!