fbpx

Mimpi trending No. 1 dalam YouTube, Haqiem nasihat duduk rumah, jaga SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haqiem Rusli
PETALING JAYA – Penyanyi Haqiem Rusli terus melakar kejayaan apabila video muzik single solo terbaharunya, Mimpi kini trending nombor satu dalam YouTube.
Selepas lima hari dilancarkan, Mimpi yang juga runut bunyi drama rantaian yang sedang hangat ditayangkan, Bidadari Salju sudah mencatatkan sejuta tontonan dalam laman perkongsian video tersebut.
“Alhamdulillah setelah lima hari lagu Mimpi kekal trending nombor satu selama beberapa hari dan mencecah sejuta tontonan.
“Terima kasih atas sokongan peminat yang saya sayangi. Ayuh kita capai target lebih 20 juta dan kalau boleh, biar cecah 50 juta tontonan. Saya sangat menghargai sokongan anda semua. Harap semua orang duduk di rumah dan patuhi prosedur operasi standard (SOP), kerap cuci tangan dan jaga kesihatan,” kata Haqiem, 22, kepada Kosmo! Online sebentar tadi.
Dalam pada itu, Haqiem atau nama lengkapnya, Ridzuan Haqiem Rusli mendedahkan, Mimpi yang merupakan lagu ciptaannya bersama Datuk A. Aida adalah antara lagu paling sukar dinyanyikan secara langsung.
“Kenapa susah? Sebab memerlukan nafas yang tepat dalam mengikut bahagian-bahagian yang berbeza. Contohnya, ada low note (nada rendah) yang begitu rendah, middle dan vibrato.
“Perletakan lenggok saya ambil risiko rakam sendiri di studio untuk dibawa secara langsung dan juga nada tinggi.
“Tetapi benda ini seronok sebab kita cabar diri dan tidak berada di zon selesa. Dari segi susunan muzik pun saya gembira kerana dapat bermain dengan ‘chording’ yang agak berbeza berbanding sebelum ini,” kata Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33) itu. – K! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI