fbpx

Budak lelaki ganti tempat bapa azankan adik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki mengazankan adiknya yang baru lahir. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan detik menyentuh hati apabila seorang kanak-kanak lelaki mengazankan adiknya yang baru dilahirkan, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di sebuah hospital di Cilacap, wilayah Jawa Tengah pada 11 November lalu. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @byan.arshak menunjukkan budak itu melaungkan azan pada telinga kanan seorang bayi. 

Meskipun suaranya tidak lancar disebabkan gementar, dia tetap meneruskan azan sehingga selesai sebelum melafazkan iqamah pada telinga kiri. 

Kanak-kanak itu bertindak sedemikian kerana bapanya bekerja jauh dari keluarga mereka. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 697,300 tontonan bersama 17,100 tanda suka. 

“Budak itu seorang anak yang hebat dan soleh!” komen seorang netizen. 

“Saya yang tengok video tetapi saya yang menangis,” komen netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI