LONDON – Seorang penjaga zoo di United Kingdom cedera parah selepas diserang seekor gajah ketika sedang memandikan haiwan itu, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Kejadian berlaku di Taman Safari Woburn di Bedfordshire pada 5 November lalu.
Menurut polis tempatan, gajah betina berusia 10 tahun yang dikenali sebagai Tarli itu mengamuk semasa dimandikan.
“Tarli menyerang mangsa dengan menghempaskannya ke beberapa batang besi.
“Mangsa kemudian dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. Dia mengalami patah tulang rusuk dan luka pada hati,” jelasnya.
Taman Safari Woburn berkata: “Tarli hampir membunuh kakitangan kami. Ramai orang tidak bernasib baik jika diserang seperti ini disebabkan berat dan kekuatan haiwan itu.
“Ini bukan kali pertama Tarli menyerang penjaga haiwan, jadi kami perlu memastikan ia selamat untuk kakitangan dan orang ramai yang berada dekat dengannya.” – AGENSI