fbpx

UCL: Arsenal tampil berbeza bersama Odegaard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ODEGAARD memberi dimensi berbeza untuk jentera serangan Arsenal ketika membantu pasukan itu membenam Sporting. - AFP

LISBON – Arsenal melakar kemenangan bergaya 5-1 ke atas Sporting Lisbon dalam aksi Liga Juara-Juara di Estadio Jose Alvalade sekali gus membuktikan potensi mereka sebagai pencabar utama di Eropah musim ini.

Kehebatan kapten Martin Odegaard yang kembali selepas pulih daripada kecederaan, menjadi pemangkin kepada dominasi Arsenal dengan pemain tengah Norway itu mencipta rentak permainandan keserasian dengan Bukayo Saka di sayap kanan.

Arsenal menguasai perlawanan dengan memanfaatkan kelemahan Sporting apabila Gabriel Martinelli membuka tirai jaringan selepas menerima hantaran cantik dari bek kanan Jurrien Timber yang menggantikan Ben White.

Sporting yang sebelum ini tidak tewas dalam 19 perlawanan termasuk kemenangan mengejut ke atas Manchester City, kelihatan tempang ketika berdepan corak permainan pantas dipamerkan Arsenal.

Pemain tengah Sporting, Goncalo Inacio memberikan harapan kepada tuan rumah dengan jaringan pada awal babak kedua, tetapi Arsenal terus menyerang dan menutup peluang untuk mencipta kejutan.

Odegaard mendapatkan sepakan penalti selepas dijatuhkan Ousmane Diomande sebelum disempurnakan oleh Saka sebelum Leandro Trossard kemudian menambah gol kelima lewat permainan bagi memastikan kemenangan mutlak buat skuad bimbingan Mikel Arteta.

“Aksi ini membuktikan apa yang kami mampu lakukan. Kembalinya Odegaard memberi dorongan besar, tetapi hasil ini adalah usaha seluruh pasukan,” kata Arteta.

Kemenangan ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Arsenal di Eropah tetapi juga memberikan suntikan moral menjelang pertemuan penting liga menentang West Ham hujung minggu ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN